Finally....cuti sekolah selama seminggu dah pon abes..esok akan bermula lah rutin seperti biasa...
Finally...cuti seminggu ni saya berjaya menyiapkan homework yang bertimbun-timbun...
Haaa..bukan students jer yang ada homework yer, cikgu pon sama..perasaan sangat lega sebab homework yang tertunggak-tunggak dapat settle jugak....bukak sekolah ni dah tak ada hutang apa-apa dan hanya perlu mengadap kerja seterusnye jer..kurang lah sedikit rasa tertekan tue...
Ini lah homework saya pada cuti nie... x sempat nak semak disekolah terpaksa bawak balik umah sekali.. jenuh nak menyemak semua kertas nie..sabor jelah....aishhh
Dah diap semak jangan lupe tick nama pelajar yang hantar..sebab markah untuk kerja rumah ialah 10%..juling mata aku nak mencari nama-nama pelajar nih....
Latihan pelajar dalam exam sheets ni nanti nak kena masukkan dalam ring fail..jadi nak senang ak packing dalam plastik mengikut kelas masing-masing....
Kalo diikutkan mengajar di sekolah ini memang memenatkan sebab banyak kerja cikgu kena buat sendiri.. tapi aku suka sistem di sekolah ini di mana pencapaian mereka bukan dinilai 100% exam oriented.. Kalo tak silap aku markah peperiksaan mereka hanya 50% sahaja dan 50% lagi adalah markah untuk disiplin...
Kalo mereka tak datang sekolah atau ada masalah disiplin, so merit mereka akan dipotong..sama jugak kalau mereka tak hantar kerja rumah ker, kalo cikgu hantar nama mereka kepada bahagian akademik, merit mereka akan dipotong...untuk dimeritkan semula mereka kena melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah...sebab tue lah kat sekolah ni tak ramai pakai cleaner..sebabnye pelajar-pelajar yang akan membersihkan sekolah...kalo memang disiplin sangat teruk seperti merokok ker, mereka tidak dibenarkan pulang semasa cuti sekolah..kena buat kerja-kerja berat... Bila aku fikir balik bagus jugak sistem macam nie, sekurang-kurangnya pelajar menjaga tingkah laku dan disiplin mereka....
p/s :
Malasnyer nak balik hostel petang nie...esok dah start sekolah....


